Saturday, March 3, 2012

Ketenangan Jiwaku Bila Aku MengingatiMu^^

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat tinggalkan blog ni...
Bukan x mahu update, tapi kadang2 terasa ada perkara y perlu kt luahkan hanya pada Allah..

Air mata peneman sy buat beberapa hari ini, alhamdlulillah Dia masih anugerahkan sy dgn air mata y x pernah surut mengalir bila hati rasa sedih dan berduka. Bila air mata susah nak tumpah, itu tandanya hati kt keras kan...

Apa y berlaku dalam hidup kt lihatlah secara positif. Kita bukan tuhan utk dapat semua perkara dgn sempurna. Kt juga bukan malaikat utk tidak melakukan apa-apa dosa. Sesakit mana hati kita, ingatlah yg kita ada Allah, tempat segala pengaduan. Usah mengharapkan pd manusia. Hanya hati yg makin parah dan sakit yg bakal kita dapat nanti.

Allah itu Maha Mendengar. Apa yg zahir dan trsembunyi Dia boleh tahu. Maka, jgn segan-silu merintih kpdNya...bila ingat pdNya, hati kita akan jadi tenang.

Bagaimana mahu berbicara dgn Allah? Melalui solatlah kita boleh 'dating' dgn kekasih kita. Menyerahkan semua pengharapan dan doa-doa.

Bila baca tafsir al-Quran, rasakan seperti Allah berbicara dan bercakap dgn kita. Nescaya. hati kita akan tenang sangat-sangat.

Hargai nikmat y Allah kurniakan selama ini. Seperti nikmat sihat, oxygen, mata, pendengaran dll. Jangan kita lihat apa y kita tidak ada. Hanya dengan mensyukuri apa yg ada sudah cukup utk kita menginsafi betapa kita ini kerdil di sisi Allah. Mampukah kita hidup tanpa air? tidak bukan, maka siapa yg menurunkan air dari langit? Malah air itu tidak dijadikan masin seperti air lautan. Kenapa kita tidak pernah bersyukur, malah kita kufur pula dgn nikmatNya. Nauzubillah.

Akhirulkalam, kembalilah kpdNya. Sesungguhnya Allah menunggu taubat dari kita semua. Ingatlah kembali tujuan kita dijadikan di muka bumi ini, utk beribadat kpd Allah dan menjadi khalifah. Semoga kita semua dalam rahmat dan redha Ilahi selalu. Ameen.

2 comments:

  1. salam..lama pulak rasenya tak singgah ke sini... Semoga apa jua yang dilalui dalam kehidupan ini akan menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan ingat padaNya

    ReplyDelete
  2. wsalam...trm ksh. insyaAllah sama2x kt doakn y terbaik...Allah pasti memberi y terbaik u kt...ameen

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine