Saturday, December 17, 2011

SuKaN d' HaTi & SUFA2011

Assalamualaikum w.b.t.

Pepatah Arab ada menyebut 'otak yg cerdas dari tubuh badan yg sihat'.

Dalam hadith juga ada merakamkan pesanan Rasulullah s.a.w supaya anak-anak diajar menunggang kuda, memanah dan berenang. Ini semua menunjukkan pentingnya umat Islam bersukan dan beriadah.

Saya pasti, setiap dari kita ada sukan yang diminati. Seperti saya, saya memang penggemar sukan sejak dari bangku sekolah lagi. Walaupun dalam keluarga ada sejarah penyakit asthma, itu tidak mematahkan semangat saya untuk bersukan dan beriadah. Masih saya ingat ketika di sekolah rendah, saya mengayuh basikal setiap hari untuk ke sekolah. Malah pernah juga berjalan kaki sekiranya tayar basikal tiba-tiba pancit. Paling tak boleh lupa jika hari hujan. Habis baju sekolah basah kuyup. Bukan sebab air hujan, tapi lopak air yang terpalit dari kenderaan yang lalu-lalang. Manisnya saat itu, tapi sekarang hanya tinggal kenangan sahaja...heehe

Ketika di sekolah menengah, saya tidak aktif di padang. Mungkin sebab cepat semput kalau berlari so saya ambil keputusan untuk bermain catur sahaja. Alhamdulillah, ketika di sekolah menengah saya mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut. Saya percaya bahawa melalui sukan dapat melahirkan individu yang berjiwa kental. Walaupun banyak masa dihabiskan untuk latihan namun ianya berbaloi dengan pengalaman yang saya perolehi.

Bukan senang untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Saya kagum melihat wira-wira sukan seperti Lee Chong Wei, Nicole David, Adik-beradik Sidek, Khairul Fahmi Che Mat dan ramai lagi. InsyaAllah, bila saya ada anak nanti, saya mahu dia aktif dalam sukan...hehe.

Sekarang ni saya sudah tidak aktif dalam sukan. Setahun dua sahaja mewakili fakulti dalam kejohanan antara fakulti [SUFA] dalam catur campuran berpasukan. Kesibukan menunaikan tuntutan menimba ilmu menghadkan saya bergiat aktif. Saya memilih pelajaran yang lebih utama. Sekiranya ada masa, seperti SUFA kali ini, saya tetap mewakili fakulti. Alhamdulillah, kami menjadi JOHAN dan pingat emas berada di genggaman kami.

::::bersama junior2x meraikan kejayaan emas kami::::

Semoga team FMed berjaya merangkul banyak lagi kejuaraan dalam sukan2 lain. Ameen. Nikmatnya sebuah kejayaan hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kejayaan ini. Terpaksa balik ke KL awal dari cuti bukanlah sesuatu yang mudah. Malah terpaksa berseorang di rumah juga bukan sesuatu yang mudah. Tapi ini semua sudah dipermudahkan oleh Allah.

Akhirul kalam, walau apapun yang terjadi, sukan tetap di hati saya. Kalau tak boleh main pon, menyokong dari belakang sudah cukup. Buatlah apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan kita. Jangan memaksa sekiranya tidak mampu. =]



No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine