Friday, August 3, 2012

Gynae Posting...about women to women^^

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah saya dah memasuki final year of medical student...doa saya semoga Allah permudahkn segala urusan kami sehingga dapat graduate sbg seorang doktor mukmin dan mukminah y berjaya...ameen.

Posting yg pertama adalah Obstetrics and Gynaecoology (Perbidanan & sakit puan). Di tahun 4 kami dah pernah lalui posting ni, tp its more about obstetrics. Sekarang, kami macam masuk posting baru sebab belajar gynae plk... 

Seperti biasa, setiap posting ada cabaran yg tersendiri... Perkara yg sangat menarik adalah saya belajar pasal diri saya sendiri (bab2 perempuan) seperti keguguran, senggugut, ketumbuhan dalam rahim dll. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yg setiap wanita perlu syukuri. Dikurniakan 'rahim' oleh Allah adalah satu keistimewaan buat diri kita. Memang patut 'syurga tu di telapak kaki ibu'. Waktu nak lahirkan baby tu x payah cerita lar betapa sakitnya wanita perlu tanggung sampai wanita yg dah bersalin 5 kali pon blh 'give up' mintak nak Caeser sbb terlampau sakit. Tp bila baby dah keluar, semua sakit dah xde...hanya senyuman dan kesyukuran... :))

Wanita banyak terdedah kepada cancer y berkait dgn rahim. Sebenarnya, setiap kali wanita itu mengandung, dia mempunyai risiko utk mendapat cancer. Cuma risikonya rendah tp sekiranya dapat, nauzubillah....ia sangat respond dgn chemotherapy, alhamdulillah...namanya choriocarcinoma. Choriocarcinoma ni dah severe stage... tp selalunya ia bermula dgn 'kandungan anggur' atau molar pregnancy. 

Pesanan utk semua wanita, kalau kita rasa ada something yg x betul dgn payudara, kitaran haid, pendarahan antara haid, pendarahan selepas melakukan hubungan kelamin, pendarahan selepas putus haid dll, cepat2x lah berikhtiar berjumpa doktor. Sebagai pencegahan, buatlah Pap smear, ambiklah HPV vaccination dan yg penting jaga kesihatan diri dgn mengamalkan gaya hidup sihat. 

Wanita adalah insan yg sangat istimewa dan berharga. So, jaga diri kita elok2x...itu amanah Allah...

MUSLIMAH SOLEHAH DISAYANGI ALLAH....
jika diuji, itu tandanya Allah terlalu sayang pd kita....


jumpa lg pd entry akan dtg =)


No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine