Thursday, September 29, 2011

ExaM OrTHoPaeDics y MenDeBaRKaN^^

Alhamdulillah akhirnya penantian untuk mengakhiri peperiksaan orthopaedics berakhir tepat pada pukul 5.00pm pada 29 September. Menjadi candidate paling last bukanlah sesuatu yang menenangkan jiwa. Selepas kertas teori pada hari Isnin, kami mengambil giliran untuk 2 short-case pada hari selasa, rabu dan khamis. Roommate saya yang habis exam pada hari selasa sudah pun pulang ke kampung pada hari Rabu. Oh sungguh tertekan! Namun dalam tekanan itu, masih ada pengharapan kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Tekanan makin meninggi selepas selesai kertas teori bertaraf 'postgraduate'.

Alhamdulillah, dalam tekanan menghadapi exam, saya diberikan peluang mendengar ceramah Prof. Dr Muhaya di Masjid Al-Azim Pandan Mewah pada 24 September. Walaupun semua kawan2 sibuk mengulangkaji pelajaran, namun seorang kawan saya sangat bersemangat untuk pergi mendengar ceramah beliau. Kali terakhir saya bertemu Prof. ketika di tahun 1 fakulti perubatan. Selepas itu, saya hanya mengikuti ceramah beliau melalui tv, radio dan majalah. Alhamdulillah, Allah permudahkan saya untuk ke sana. Kesan ceramah Prof. ialah saya menjadi semakin positif pada diri sendiri dan sudah berani untuk menegur kawan saya yang makan mee segera...hehe

::::antara jemaah masjid y hadir::::

Sepanjang menunggu hari khamis, kami berlatih sesama kami melakukan physical examination dari A to Z. Hari pertama short-case ramai kawan2 yang dapat diabetic foot ulcer [DFU]. Apa lagi saya pun mulalah sibuk menghafal management DFU dari A-Z pula. Hari ke-2 pula, kebanyakannya adalah case fracture. Maka sekali lagi saya sibuk study pasal fracture daripada jenis fracture kepada management selapas operation.

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Saya sudah pun menyediakan baju yang akan dipakai 2 hari sebelum peperiksaan lagi. Ketika dikuarantin di dalam bilik seminar ward 5A, semua kawan2 yang lain makin merasai tekanannya. Ditambah lagi dengan seorang surgeon yang tak dikenali sebelum ini menjadi examiner kami. Selepas seorang demi seorang kawan2 menyusul, maka kini tibalah giliran saya pula. Dup dap dup dap....cardiac saya mula tachy...

Case pertama saya adalah patient yang digigit tebuan manakala case ke-2 adalah patient yang digigit anjing. Alhamdulillah, saya dah lakukan yang terbaik. Keputusannya saya tawakal sahaja kepada Allah. Cuma apa yang saya ingin katakana bahawa kita boleh berusaha sehabis daya namun yang menentukan hanya Allah Yang Esa.

Sama jugalah dengan dugaan2 lain di dunia ini. Selagi kita sudah berusaha sehabis daya dan bertawakal kepada Allah, apa jua natijahnya (outcome) kita tidak akan rasa kecewa dan sedih. Selagi pengharapan kita 200% hanya pada Allah, ensyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

Lastly, syukran jazilan kepada semua kawan2 especially housemate Pandan Indah dan rakan2 se'posting' yg banyak bagi support dan berada di sisi waktu susah dan senang. Semoga Allah membalasnya di akhirat nanti. Tak dilupakan kepada HOD Ortho Hospt. Ampang yang sangat ambil berat pasal kami. Walaupun beliau non-muslim tapi sikap bertanggungjawab beliau boleh dicontohi oleh orang Islam sendiri. Kepada semua surgeon, HO, MO, MA & staff ortho. tq so much. Setiap ajaran kalian akan saya bawa sehingga mati...insyaAllah.

....GooDBye OrtHo, WeLCoMe PaeDs.... =)

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine