Thursday, September 15, 2011

ReFLeX KeHiDuPaN...

Assalamualaikum w.b.t

Lagi seminggu saya dan kawan2 akan exam orthopaedics. Sepanjang posting ni banyak dugaan yg kami sama2 tempuhi.

Doakan agar kami semua berjaya melalui exam ini sebaik mungkin. Sepanjang posting ortho. banyak pengajaran yg saya dapat untuk dijadikan bekalan kehidupan.

Nama lagi orthopaedics (tulang), so kami banyak deal dengan bone, muscles and nerve.
Dulu ketika posting internal medicine, saya x pernah terfikir apa orang ortho. buat sebab ketika itu ada pt yg perlu refer ortho. tp kebanyakan kes tak settle2. Sekarang perspektif saya dah berubah. Orthopaedics bukanlah satu department yg biasa2 walaupun ada yg cakap ia adalah sub-specialty di bawah department surgery. Ketika posting surgery pula, saya rasa x lengkap kerana surgery banyak deal dengan bahagian abdomen walaupun ada bahagian2 lain seperti breast,dan thyroid. Oleh itu, department ortho. pelengkap kepada surgery malah lebih menarik...hehe.

Dalam ortho. jugak kami perlu master dalam anatomy in and out. So, anatomy yg saya tinggalkan sejak 3 tahun dulu perlu dikorek balik. Tapi saya rasa lagi mudah faham dan ingat sebab ia berkait dengan sesuatu disease dan fracture.

Salah satu alat yang kami selalu gunakan ketika buat examination adalah tendon hammer.

::::my tendon hammer::::

Alat ni digunakan untuk mengetuk tendon untuk melihat reflex yang berlaku. Jangan takut, tak sakitpon bila kene ketuk. Sekiranya reflex itu terlebih (hyperreflexia) itu menunjukkan upper motor neuron lesion manakala kurang reflex (hyporeflexia) menunjukkan lower motor neuron lesion.

Kalau reflex pada tendon, kita boleh lihat dengan guna tendon hammer. Bagaimana pula kita nak tahu reflex dalaman kita??? Sure tak nampak bukan? Erm kalau kita rasa diri kita bagus, baik atau sebaliknya apa pula buktinya? takkan nak pergi tanya pada cermin ibu tiri snow white plk kan...heehe.

Minggu lepas saya berpeluang ke Low Yat seorang diri. Rasanya dah lama tak tengok dunia luar. Maka saya ambik keputusan untuk keluar. Saya keluar dari rumah pukul 11.30am dan balik solat zohor dirumah ketika itu pukul 2.45pm.

Walaupun dalam kotak fikiran saya banyak benda saya nak buat di luar contoh window shopping, makan2 dll [maklumlah duit JPA baru masuk] semuanya jadi cancel. Kenapa?

Saya sedih tengok environment di luar. Sekeliling saya kebanyakan remaja2 yang outing dengan kawan2. Ada yang berkumpulan dan ada yang bercouple. Bagi yang non-muslim saya tak kisah sangat tp kebanyakannya adik2 yg sebaya saya yang pakai tudung tp keluar berpegang-pegang tangan dengan pakwe. Sangat sedih bukan? Ibu bapa dia orang tahu atau tidak anak2 mereka di luar seperti itu?

Saya kembali ke dalam lingkungan kawan2 saya di hostel sekarang. Tak dinafikan ada segelintir yang sudah 'berpunya' tapi tidaklah sampai keluar berduaan berpegangan tangan.
Alhamdulillah kebanyakan mereka menjaga solat dan selalu saling ingat mengingati.

Bagi saya, kawan2 saya adalah 'tendon hammer' saya. Mungkin kerana saya berada dalam lingkungan kawan2 sebegini membentuk diri saya pada hari ini. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana Dia menjaga saya semenjak dulu, kini dan ensyaAllah selamanya. Ya, tak semua orang itu sempurna. Namun kesempurnaan itu boleh dicari dan di 'top up'.



Syukran kepada semua sahabat2 saya dan khususnya kepada sahabat2 USIM 3rd Batch; selamat menjalani exam orthopaedics dan paediatrics, semoga kita semua dapat lakukan yg terbaik dengan pertolongan Allah s.w.t.

[Doa:::Usaha:::Ikhtiar:::Tawakkal = Najah]

:::Ayat Seribu Dinar:::

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine