Tuesday, June 7, 2011

GEMUK ITU CANTIK or KURUS ITU CANTIK???

Assalamualaikum w.b.t

Saya teringat satu kisah ketika saya menjalani Medicine Posting di Hospital Ampang, terdapat satu kes dimana seorang perempuan Indonesian yg brumur awal 40-an di masukkan ke ward medical kerana pengsan dengan tiba2 dan telah di diagnosed mendapat Cushing’s Syndrome (CS).

Mungkin anda janggal dgn istilah CS kerana jarang mendengarnya. Namun ianya tidaklah jarang berlaku di ward medical. Selama posting di medical ward Hospital Ampang mahupun HoSHAS, kes ini sering ada dan menjadi antara favourite kes ketika peperiksaan.

Berbalik kepada kisah wanita tadi, apabila diselidiki didapati bahawa dia mengalami CS disebabkan pengambilan sejenis ubat yg mengandungi synthetic glucocorticoids seperti prednisolone dan ini digolongkan dalam iatrogenic cause. Pengambilan ubat ini adalah sejak dia berumur belasan tahun lg. Saya rasa ianya seperti jamu krn ia popular di kalangan warga seberang. Saya sbg medical student menyelami punca sebenar pengambilan ubat trsebut. Mengikut ceritanya, tujuan sebenar pengambilan ubat trsebut adalah utk menambahkan berat badan utk dia kelihatan lebih cantik brbanding biasa. MasyAllah, sy trkejut dgn pengakuan trsebut. Terbalik dgn dunia sekeliling saya. Perempuan lain sukakan badan mereka nampak kurus brbanding gemuk. Mungkin inilah yg dikatakan lain org lain penilaiannya.

Dibawah ini saya sertakn antara tanda2 yg boleh didapati pd seseorng yg mengalami CS.

Pengajarannya:

  1. Berhati-hatilah dalam pengambilan ubat-ubatan. Sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu tentang ubat-ubatan perlulah mendapatkan nasihat doctor.
  2. Jangan terlalu obses dgn kecantikan badan sehingga mengabaikan kesihatan diri. Apa gunaya badan cantik tetapi SAKIT!
  3. Bersyukur dgn setiap nikmat kurnian Allah termasuklah nikmat kesihatan. Jangan sesekali mengabaikan kesihatan demi kepentingan lain.

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine