Tuesday, June 7, 2011

DeRMa DaRaH TaMBaHKaN BeRat BaDaN??

Assalamualaikum w.b.t.Justify Full
PERNAHKAH ANDA MENDERMA DARAH?


Bagi yg pernah, tahniah saya ucapkan kerana darah amat diperlukan sekarang. Saya telah digerakkan hati utk menderma darah pada awal tahun ini. Kalau diikutkan saya berpeluang mendermakan sebahagian darah ketika masih brumur 18 tahun lg, namun saya masih ragu2 utk berbuat demikian. Banyak mitos yg saya dengar. Antaranya selepas menderma darah, berat badan kita akan naik mendadak kerana membuatkan kita punya selera makan yg kuat. Mungkin inilah penyebab utama saya takut utk menderma darah.

Allah itu Maha Kuasa, saya telah tergerak hati utk melangkah ke blood bank di HoSHAS seorng diri tanpa teman. Hakikatnya, saya trgerak ke sana kerana simpanan darah sudah kehabisan dan ramai pesakit memerlukan darah. Memandangkan saya posting di ward obstetrics, lagilah perlu reserve darah utk ibu2 yg mempunyai komplikasi tumpahan darah sebelum atau selepas bersalin. Pada ketika itu, saya memberanikan diri dan seikhlas mungkin mendermakan darah saya. Perasaan takut tetap ada kerana jarum utk menyedut darah dari vein adalah jenis yg besar. Walaupun sy dah banyak kali cucuk org tp utk org cucuk saya sendiri, saya tetap takut. Alhamdulillah, setelah hampir 30minit semuanya berakhir. Saya diberi sebuah buku kecil dan didaftarkan menjadi penderma darah. Saya dinasihatkan utk meminum bnyk air utk menampung kehilangan darah tersebut. Minggu pertama tidak ada sebarang perubahan pun termasuklah penambahan berat badan. Malahan saya rasa lg segar dan aktif. Mungkin inilah rahmat Allah yg Dia anugerahkan buat saya.

Oleh itu saya menyeru pada anda yg di luar sana agar jangan takut utk menderma darah. Mungkin ianya memakan masa bg anda membuang bnyk mitos yg dikaitkan. Allah Maha Mengetahui, sekiranya niat anda ikhlas insyallah, Dia akan memudahkan urusan anda dikemudian hari.


Untuk pengetahuan semua, darah di golongkan dalam 4 jenis iaitu A, B, AB dan O. Setiap jenis darah dibezakan mengikut antigen yg trdapat pada diding cell darah merah. Oleh sebab itu, jenis darah tertentu sahaja yg boleh diterima utk jenis darah tertentu. Untuk memudahkan anda sy terangkan pada table di bawah:

Untuk lebih memahamkan semua, lihat table di bawah;


Antigens berada pada dinding cell darah merah, sebagai contoh, darah jenis A punyai antigen A di dindinya dan antibody yg wujud di dalam salur darah org yg berdarah A adalah Anti-B. Oleh itu org yg brdarah A hanya boleh menerima darah dari penderma berdarah A dan O shj dan boleh mendermakn darah A kepada penerima darah A dan AB shj. Jenis darah O paling diperlukan kerana ia sesuai utk semua jenis darah kerana tidak mempunyai sebarang antigen pada dinding cell darah merahnya. Oleh itu, org yg brdarah O digelar penderma darah universal. Namun org yg brdarah O hanya boleh menerima darah drpd jenis O shj.

Unikkan ciptaan Allah, Subhanallah.

2 comments:

  1. pernah je derma..berat badan nek ke x..rase cm nek je..pastu kena kawal da sbb de rase cm darah tinggi..then x derma da skrg..hehe

    ReplyDelete
  2. mcm mana blh jd darah tinggi? dan darah tinggi sbbkn berat badan naik???? erm...harap msh mahu dermakn darah, sbb ramai yg perlukannya. =)

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine