Saturday, March 26, 2011

Exam vs Homesick!!!

Assalamualaikum wbt..

Aku tau yg tak ramai baca blog aku, tapi aku nak tulis jugak entry ni. MINGGU YG MENGECEWAKAN!!! kenapa??? hahaha...sbb sepanjang posting community health(CH) ni, aku langsung tak dapat pulang ke kampung walau sekejap. [fuuuuuh!! lega bila boleh tulis benda ni], sepanjang posting lain ie; INTERNAL MEDICINE N SURGERY, aku still dapat pulang. sebabnyer, setiap posting akan dibahagikan kepada 2 hospital iaitu Hospital Ampang n Hospital Temerloh (HoSHAS)... kalau kat HoSHAS aku senang nak balik sbb kelas x banyak dan stesen bas dekat dgn hostel. Memandangkan posting CH adalah di Tampin, jauh ke selatan, aku susah nak balik. Tampin ni pekan kecil, pengangkutan awam pun tak banyak. Even hujung minggu pun aku terpaksa balik ke KL sbb ada urusan di fakulti. So, semenjak posting CH ni, dah 2 bulan x balik kpg, rindunyer pada Rimbunan Hijau [termasuk ahli rumah lar] hehe.....

....Rimbunan Hijau dr depan....

Hari isnin ni aku exam CH, dan hari jumaat tahriri hafazan.... kalau x tahan sangat kene balik lar lepas habis exam hafazan tu. Tapi banyak pulak dugaannya, duit pulak tak cukup nak beli tiket bas. Adoooooi camner ni? kalau nak balik jugak kene mintak mak duit. Itulah delima aku beberapa minggu ni. Walaupun exam, hati tetap teringatkan kpg halaman. Memang lar anak jati Qelate! hehehe.... itu namanya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri!

Sabarlah duhai hati, ni adalah cabaran utk aku!!! Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Aku mesti tabah! Yoooooooosh Dr Tancredi!!!








No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine