Monday, June 13, 2011

GoMo The Red WaRRioRs GoMo...


Assalamualaikum w.b.t

Belum terlambat lagi utk saya mengucapkan tahniah buat The Red Warriors(TRW) kerana berjaya ke final Piala FA 2011. Walaupun team kita kalah pada Terengganu dengan keputusan 1-2, namun saya masih bangga dengan TRW. Bangga saya bukan kepada pemain2nya, tetapi kepada penyokong2 TRW yang setia.

Masih saya ingt ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV satu ketika dahulu yang berakhir dengan pergaduhan hebat sehingga sanggup membakar trak polis. Perbuatan ini telah ditegur sendiri oleh Tok Guru yg kita sayangi. Semenjak itu, para penyokong kelantan mula matang dlm memberi sokongan moral buat pasukan TRW. Sblm perlawanan akhir Kelantan Gomo Terengganu pada 11 Jun lalu, beliau ada menasihati para penyokong agar menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

.....sejarah hitam penyokong TRW.....

Dengan didikan Tok Guru, walaupun TRW kalah pada malam Final Piala FA, namun tidak kita dengar pergaduhan besar antara kedua-dua pasukan. Cuti umum yang diisyhtiharkan pada petang 11 Jun juga menggambarkan keperihatinan Tok Guru pada mereka. Bimbangkan keselematan di jalan raya untuk bergegas pulang ke Kelantan, maka Tok Guru memberi cuti umum buat semua rakyat. Ini sudah menggembirakan rakyat walaupun kami masih belum menjulang piala.




Insya-allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu. Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sbg memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa. Semoga penyokong2 dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan pada malam ini.
Saturday at 2:40pm · ·


Pada pendapat saya, masih banyak perkara yang perlu kita baiki untuk 'mengislamkan sukan bola sepak'. Antaranya pemakaian seluar pendek oleh pemain. Sudah ramai tok2 guru masjid yang menegur di dalam kuliah2 mereka, namun nasihat ini seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di sini saya melihat tiada keberkatan di dalam bermain bola dan menyokong bola.

.....sep kito solat jemaah di luar stadium.....

Pendapat saya, mewajibkan semua pemain bola yang bermain di Kelantan menutup aurat. Tidak salah membuat undang2 ini kerana ianya hukum Allah dan selaras dengan dasar kerajaan pusat. Sekiranya undang2 menutup aurat boleh dilaksanakn utk iklan2 dan kawasan2 awam, maka tidak mustahil utk berbuat begitu di stadium bukan?

Satu yang menarik, adik lelaki saya yg pernah menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium Kota Bharu berkata bahawa perempuan yg berpakaian tidak senonoh dan tidak menutup aurat akan di 'hambat' keluar dari stadium. Pada mulanya saya terkejut, tapi bila difikirkan balik, bagus juga. Biarlah malu di dunia jangan malu di akhirat nanti.

Akhir kalam, saya menantikan stadium baru yang bakal dibina di Pasir Puteh yg diberi nama Stadium The Red Warriors dapat menjadi stadium pertama berkonsepkan islam sepenuhnya. Memenuhi hasrat Tok Guru untuk melihat semua penonton bola selesa menunaikan solat sebelum perlawanan berlangsung. Semoga semua penyokong terus menyokong team negeri kita sehingga ke penghujungnya.

....lautan merah.....


GoMo QeLaTe GoMo!!!!

p/s: harap dpt jd juara liga pulak... ensyaAllah =)

1 comment:

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine