Wednesday, June 8, 2011

MiSTeRi AiR SeLuSuH di BiLiK BeRSaLiN...

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai pelajar perubatan USIM, kami perlu menyambut kelahiran baby sekurang-kurangnya 15 bayi u posting obstetrics. Saya sangat teruja utk melalui posting ini al-maklulah dapat sambut baby yg comel2...hehe. Kalau nak share semua pengalaman di ward, labor room dan operation theater(OT) x tertulis kat sini. Apa yg menarik u dikongsi adalah pengalaman ketika deliver baby. Mungkin apa yg ditulis ini dapat membantu bakal2 ibu yg melahirkan baby mereka.

Pada 1 hari, saya terdengar seorng Jururawat Masyarakat (JM) menyebut tentang patient yg ditolak ke OT utk Caesarean section, "sape suruh minum air selusuh, padan lar kene masuk OT". Dalam hati saya tertanya-tanya apa itu air selusuh. Menurut seorang jururawat yg saya interview, air selusuh merupakan air tawar yg dibacakan ayat-ayat tertentu bg memudahkan kelahiran bayi. Yang peliknya, kalau utk memudahkan bersalin kenapa ramai patient yg ditolak ke OT slps minum air selusuh? Erm.... pelik bukan. Setelah saya menyelidiki fenomena ini, barulah saya memahami mode of action(MOA) air selusuh.

MOA: menguatkan kontarksi(contraction) rahim ibu.

Namun apa yg menyebabkan ianya tidak membantu ibu2 bersalin adalah ia diminum sebelum bukaan rahim belum mencapai bukaan 8-10cm. Ketika di labor room, saya diajar utk melarang ibu yg msh belum cukup 10cm bukaan rahimnya meneran. Sekiranya sudah minum air selusuh, sudah tentulah ibu akan rasa sangat sakit akibat kontaksi rahim. Oleh itu, ibu akan cepat meneran walaupun bukaan rahim masih kecil dan ini boleh menyebabkan bayi 'lemas'. Nasihat saya ialah boleh minum air selusuh tapi biarlah bukaan rahim sudah mencapai bukaan 8-10cm.

Proses kelahiran adalah 1 proses yg menakjubkan. Saya pun rasa teruja utk menjadi ibu. ..hehe. Ketika labor, ibu akan rasa sangat sakit sblm bayi mereka keluar, tetapi kesakitan itu hilang selepas melihat wajah yg bersih suci...masyaAllah. Kalau ada wanita yg cakap dia tak tahan sakit bersalin, kenapa wanita masih belum serik-serik utk melahirkan anak??? Itulah indahnya ciptaan Allah.

....Baby yg saya sambut ketika di HoSHAS....

Bagi panduan bakal ibu yg nak melahirkan bayi mereka, amalkanlah doa Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan. Doa ini utk memudahkan proses bersalin nanti. Pesanan saya agar ketika di dalam labor room, bersabarlah banyak2 dan ingat padaNya. Cuba membaca doa dan ayat2 al-quran ketika menunggu bukaan rahim mencapai 10cm. Tak guna juga kalau meraung kesakitan kerana bayi anda takkan keluar kalau pintunya belum terbuka secukupnya :)


Antara bayi-bayi yg disambut oleh saya dan kawan2 ketika posting obstetrics di HoSHAS dan Hospital Ampang;


....comelkan baby ni dalam O2...hehe....



....baby kesejukan lepas keluar....



......cutenyer......

p/s: sy kongsikn satu ceramah yg menarik mengenai nikmat yg Allah berikn kpd kaum wanita.

5 comments:

  1. Just wondering .. Air selusuh y saya pernah minum adalah air zam2 dan di baca surah dr al quran o suami.. Sungguh sy pelik dan tertanya2 knp air itu mampu mmberi kesan sebegitu rupa kepada ibu dan bayi? Apa proses sainstifik y sbnrnya berlaku dlm rahim ibu itu? Adakah kalau bukaan baru 2 cm ibu2 juga x di benar kan minum sebarang air.. Sedang kan air selusuh tu juga hnya la sekadar air .. Cuma di baca ayat suci al quran #cumatertanya2

    ReplyDelete
  2. salam dr, saya ingin bertanyakan lebih pasal moa air selusuh seperti yang didakwa dr,sebab saya tidak melihat kaitannya di situ dengan kontraksi.

    ReplyDelete
  3. Betul... Sy juga pelik nurse slu salahkn air selusuh.. Sdgkn itu cuma air putih yg dibcakn doa dipermudahkan bersalin.. Sy prcya ramai ibu ibu juga bca doa doa itu dr awal mngndung, bezanya tidak mnggunakn air... Sy nk mnta nurse ni bgtau ape moa yg nurse dpt stlh kaji air selusuh tu

    ReplyDelete
  4. Betul... Sy juga pelik nurse slu salahkn air selusuh.. Sdgkn itu cuma air putih yg dibcakn doa dipermudahkan bersalin.. Sy prcya ramai ibu ibu juga bca doa doa itu dr awal mngndung, bezanya tidak mnggunakn air... Sy nk mnta nurse ni bgtau ape moa yg nurse dpt stlh kaji air selusuh tu

    ReplyDelete
  5. sy pernah minum air selusuh . bapak mertua buatkan . . just aor kosong dan doa2 lazim niat lepas tu tiup dlm air. .tpi ken air kosong jee . .kenapa smpai sakit xbole jalan . .lgsg xbole bgun dr dr katil . .masa tu 35weeks . .

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine