Monday, June 13, 2011

DiRiMu AdaLaH BiDaDaRi Di SyuRGa ILaHi...

Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda apakah nikmat yg dijanjikan oleh Allah kpd lelaki yg berbeza dgn wanita di syurga? Ya. Jawapannya adalah BIDADARI... cemburu bukan??

Antara firman Allah s.w.t yg bermaksud,

"Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik." [surah al-Waqi'ah 56:22-23]

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara langsung, dan Kami jadikan mereka perawan-perawan , penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Surah al-Waqi'ah 56:35-37]

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia dan tidak pula oleh jin sebelumnya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yakut dan marjan." [Surah al-Rahman 55:56-58]

Itulah perbezaannya. Selain itu, baik lelaki mahupun perempuan mendapat ganjaran yang sama. Makin menyebabkan semua wanita cemburu adalah apabila mengenang sabda junjungan Nabi s.a.w yang mulia bermaksud:

"Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia. Jika tidak, maka bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di syurga akan berkata kepadanya, 'Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.'" [Riwayat Ahmad no. 22154 dan al-Tirmizi no. 1174 daripada Mu'az bin Jabal r.a]

NAMUN kita perlu ingat bahawa isteri dan wanita yang solehah berkali-kali ganda lebih cantik berbanding bidadari syurga. Usahlah cemburu dan risau kerana janji Allah itu benar bahawa seorang isteri yang solehah kepada seorang suami akan kekal menjadi ratunya di syurga.


Akhir kalam, jadikanlah impian untuk menjadi bidadari syurga satu kenyataan. Barulah ungkapan cinta sampai syurga itu bukan satu omongan kosong semata.

Hayatilah lirik lagu Bidadari dari Munif Ahmad, Hijjaz buat semua pembaca:



p/s: rujukan dari majalah SOLUSI isu no. 23


No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine