Friday, October 5, 2012

Sanah Helwah ImaHanim Zakaria...

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 1 Oktober 1988, lahirlah seorang bidadari kecil dari rahim ibunya dengan selamat. Dan pada hari ini, bidadari kecil itu sudah pon dewasa. Usianya kini sudah genap 24 tahun...sungguh cepat rasanya masa berlalu. Terasa seperti baru sahaja berlari-lari di halaman rumah mengejar rama-rama. =) 

Sepanjang kehidupan ini saya tertanya-tanya apakah yang sudah saya lakukan untuk islam? Sedangkan tujuan penciptaan saya adalah untuk beribadah kepada Allah dan sebagai khalifah di bumi Allah. Seperti dalam ayat al- Quran bermaksud;

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikanMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." [al-Baqarah: 30]


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan agar mereka beribadah kepada-Ku. [at-Tur: 56]

Kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja sebelum kita kembali kepada Allah. Tak kiralah umur masih muda atau sudah lanjut usia, kita sepatutnya mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin untuk kembali ke tempat asal kita iaitu syurga Allah. 

Teringat saya tazkirah Ustaz Azhar Idrus, dia menganalogikan seorang ayah yang berada di dalam rumah tercari-cari akan sesuatu barang yang hilang. Dia masuk ke dapur, selepas tu ke ruang tamu dan masuk pula ke bilik tidur. Maka anaknya bertanya, "Ayah, cari apa dari tadi lagi ni?" Si ayah menjawab, "Ayah cari rumah, tak jumpa-jumpa." 

Maksudnya, kita sememangnya dah berada di dunia, tapi kenapa masih mencari dunia? Sedangkan dunia sendiri akan mengejar kita. Bodoh bukan? Ingatlah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya kalau kamu mencari dunia dan akhirat kamu akan mendapat kedua-duanya. Kita sudah semestinya mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat bukan?  =)

Apa wish saya pada ulang tahun kali ini yer?

Cukuplah saya mendapat keredhaan Allah dalam setiap perbuatan saya. Tak guna dapat kesenangan dan kebahagiaan tanpa Allah redha. Sememangnya untuk taat semua perintah Allah dan Rasul itu payah. Sebagai muslim kita seharusnya mengukuti setiap perintah Allah dan Rasul. Kalau pernah tersasar, cepat-cepatlah bertaubat dan meninggalkan perkara tersebut. Bukan semua orang perfect. Pasti pernah buat salah dan silap bukan?

Saya juga berdoa agar Allah jadikan saya wanita yang solehah, dikurniakan suami yang soleh dan keluarga sakinah mawaddah dan rahmah. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, banyakkan berdoa agar Allah memberikan yang terbaik untuk diri kita.Sekiranya ditimpa ujian, pujuklah hati kita dengan ayat Allah bermaksud;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dibuatnya..[hingga akhir ayat]"- al-Baqarah: 286

Istimewa untuk mak dan ayah saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab besarkan saya sehingga kini. Segala pengorbanan mak dan ayah tak mampu saya balas hingga akhir hayat. Saya akan doakan mak dan ayah bahagia dunia dan akhirat. I love u all sooo much...^^


Terima kasih juga pada rakan-rakan yang bersama-sama saya... semoga kita semua istiqamah dalam beribadat kepada Allah.insyaAllah =)







2 comments:

  1. Sanah Helwah ..semoga mekar sebagai srikandi dan mujahidah dalam menegakkan Tauhid...
    Sori Ima... akak terlepas pandang wish kat FB..

    ReplyDelete
  2. ameen ya Rabbal alamin...
    trm ksh, doakn utk ima pon dah cukup..
    insyaAllah, smg Allah menguatkn iman kt semua..<3

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine