Tuesday, December 13, 2011

"Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui
(yang kamu lahirkn dan rahsiakan); dan
Allah itu Maha Halus dan Maha Mengetahui"
[Surah Al- Mulk 67: Ayat 14]

Assalamualaikum semua, syukur alhamdulillah secara rasminya posting paediatrics saya dah berakhir pada 9/12/11. Namun saya perlu menerima hakikat bahawa saya perlu mengambil kembali kertas MCQ sebulan akan datang. Allahuakhbar....kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia saya tapi ikhtibarnya di sini saya mahu kongsikan bersama. Saya berikan analoginya.

'Niat tidak menghalalkan cara'. Ya mungkin niat kita baik untuk membantu orang miskin. Tapi adakah dengan mencuri harta dari orang kaya adalah caranya? Ya, ia adalah satu cara untuk membantu si miskin tapi itu haram di sisi Allah. Sebaik mana pun niat kita, tapi ia haruslah berlandaskan jalan yang betul.

Allah Maha Mengetahui. Saya redha dengan ketentuan Allah ini. Ini adalah satu ujian buat saya di dunia. Saya perlu menghadapinya dengan tabah. Saya tahu, Dia menguji saya kerana saya kuat. Saya tidak boleh mengalah! Melihat dari pandangan positive, saya boleh mengulangkaji dan menambahkan lagi pengetahuan saya dalam paediatrics. Saya juga masih belum gagal! Oh, tidak mahu ulangi perkataan itu...it is a negative word! Ya, saya seorang yg BERJAYA!!!!

Hakikatnya, bukan senang kita berada di dunia ini. Dari berjuta sperma dari ayah yang melalui faraj mak, hanya satu dalam berjuta yang berjaya bersenyawa dengan ovum. Dan itu melahirkan kita sekarang. Kita adalah insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah ini. Adakah dengan sedikit kegagalan ini kita mahu menggagalkan keseluruhan hidup kita? Oh tidak sama sekali. Bersusah payah melalui perjalanan yang panjang, hanya kerana tersepak seketul batu diperjalanan kita terus berhenti dari meneruskannya. Itu salah! Kita patut menjadi lebih kuat kerana kita dilimpahi kesusahan demi kesusahan sebelum mencapai kemuncak destinasi.


[berjuta sperma bersaing untuk menembusi hanya 1 ovum]

[setelah bercantum kita bersusah payah pula menempel di rahim mak]

'Awak tidak amanah.' Biarlah Allah tentukannya. Saya tidak kisah dengan pandangan manusia. Katakan apa sahaja yang kamu suka. Saya yakin Allah tahu hati saya dan biarlah di yang judge diri saya bukan orang di sekeliling saya. Saya tidak kisah apa title kamu, harta kamu, pangkat kamu kerana bagi Allah, taqwa yang menjadi ukurannya.

Akhir kalam, bertawakkallah kepada Allah. Nescaya apabila kita redha dan bertawakkal kepada Allah hati kita akan tenang. Kita tidak akan salahkan diri kita atas apa yang berlaku. Allah adalah segala-galanya =]

"Barangsiapa yang bertawakkal kpd Allah nescaya
Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
(yg dikehendakinya). Sesungguhnya Allah
telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu".
[Surah Al-Talaq 65: Ayat 3]

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine