Friday, November 4, 2011

MeNgHaYaTi ErTi SeBuaH PenGoRBaNan~

Maksudnya :

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.



InsyaAllah pada minggu hadapan kita akan sama-sama merayakan 'idul Adha. Kemeriahannya sangat terasa di negeri saya iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Maklumlah ia dianggap perayaan yang amat bersejarah dalam Islam. Oleh itu amat perlu untuk setiap umat Islam menghayati disebalik perayaan 'idul adha atau lebih mudah dipanggil 'rayo haji'..hehe.


Terdapat 2 ibadah besar yang berkait rapat dengan Hari Raya Korban iaitu menyembelih binatang korban dan ibadah haji ke Baitullahilharam. Bagi saya, saya masih belum mampu untuk menunaikan rukun Islam ke-5 tersebut, namun cita-cita untuk ke sana sangat berkobar-korbar. InsyaAllah bila ada rezeki oleh Allah akan terjejak jua ke tanah yang mulia itu..ameen.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mematuhi perintah Allah perlu dijadikan tauladan oleh semua umat Islam. Jika kita diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak yang amat kita kasihi, adakah kita sanggup? Secara jujur, saya sendiri terasa berat hati untuk melaksanakannya [sangat nipis iman ini bukan =(]. Walauapapun, kita ambillah pengajaran dengan kisah ini, di mana setiap hukum-hakam dan perintah Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w perlu kita ikuti dan laksanakan sebaik mungkin.Allah berfirman maksudnya;

"Dan serulah manusia untuk mengerjakanHaji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderaiunta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenappenjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi merekadan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karenarezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak.Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsaradan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Terdapat banyak hikmah yang tersirat dan tersurat dalam mengerjakan ibadah haji. Antaranya terjalin ukhuwah Islamiah antara sesama muslim tanpa mengira kaum, keturunan,pangkat dan warna kulit. Menanamkan sifat kesamaan antara semua orang selain mendidik rohani dengan sifat sabar dan tabah menghadapi cubaan Allah. Nikmat yang paling diinginkan semua jemaah haji adalah apabila haji mereka diterima Allah [haji mabrur]. InsyaAllah, kita sama-sama doakan semua umat Islam yang menunaikan haji kembali dengan haji yang mabrur..ameen.

Simbolik kepada suruhan Allah untuk melakukan korban ini, mereka yang berada atau kaya mengorbankan sebahagian daripada harta untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Manakala yang menerima bantuan perlulah mensyukuri dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak bergantung dengan bantuan orang lain. Malah lebih bermotivasi untuk mencari harta bagi membantu golongan yang memerlukan. Itulah manisnya Islam, kita diajar untuk memberi sebanyaknya. Apabila diberi nikmat kita bersyukur dan apabila diuji dengan musibah kita bersabar, seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w bermaksud;

"Amat menakjubkan kehidupan orang-orang mukmin seluruh urusannya membawa kebaikan. Sekiranya dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur maka dia mendapat kebaikan. Sekiranya dia ditimpa kesusahan dari unian dan bencana, dia bersabar maka dia mendapat kebaikan."


Saya ingin mengucapkan salamat menyambut 'IdulAdha buat semua yang mengenali diri ini. Semoga setiap pengorbanan kita yang ikhlas diterima Allah s.w.t.

...HaJi MeNuJu Allah...


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine