Wednesday, September 7, 2011

DOSA NEUROPATHY





Neuropathy ialah satu keadaan dimana seseorang itu mengalami kerosakan saraf dan akan menyebabkan kehilangan deria sentuhan di kulit ataupun pergerakan dan reflex otot berkurangan. Selalunya ia sinonim sebagai salah satu komplikasi penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis) dan digelar Diabetic Neuropathy. Apa yang berlaku, pesakit diabetes kehilangan deria sakit pada kulit dan apabila mendapat kecederaan (seperti terpijak paku) biasanya pada kaki, dia tidak akan merasa sakit. Oleh itu, luka akan dibiarkan sahaja tanpa rawatan sehinggalah ia mengalami jangkitan kuman. Akhirnya bahagian tersebut terpaksa dipotong untuk mengelakkan dari merebak ke kawasan yang lain.

Bagaimana pula dengan Dosa Neuropathy???

Satu keadaan di mana sesorang itu melakukan dosa sehingga dia tidak merasakan ia adalah satu dosa lagi kerana sudah biasa melakukannya, nauzubillah.

Apakah dosa?

Dosa adalah sesuatu perkara yang apabila kita lakukan, hati kita akan merasa tidak tenang dan tenteram. Makin kerap kita mengulangi dosa tersebut sehinggakan dosa itu menjadi perkara biasa, semakin kita tidak merasai itu sebenarnya dosa. Sehinggalah kita sudah dihisab oleh Allah dan di masukkan ke dalam neraka. Pada waktu itu, sudah terlambat lagi untuk kita bertaubat.

Solusi

Selalunya kita tidak akan sedar bila kita melakukan dosa. Hanya orang sekeliling kita yang mengambil berat sahaja akan sedar dan menegur akan dosa tersebut. Oleh yang demikian, kita perlulah mendengar teguran dan nasihat orang lain juga. Ya, siapa dia mahu menegur kita? Baik sangatkah dia? Jangan berfikir begitu kerana teguran itu dari Allah kerana Allahlah yang menggerakkan hati orang tersebut untuk menegur kita secara terbuka atau tidak.

Sekiranya kita sendiri telah menyedarinya, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun. Sekiranya ada yang menegur kita, terimalah teguran itu dengan hati yang terbuka. Ya, pada muanya kita akan rasa berkecil-hati, sakit-hati, malu dll dengan orang yang menegur kita. Namun percayalah bahawa teguran itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri juga.

1 comment:

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine