Thursday, July 14, 2011

KeHaDiRaN Si MeooW BukTi KaSiH-SaYaNg Allah PaDa MaKHLuK-Nya



Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni sangat istimewa. Why? hehe..sudah hampir 3 bulan di rumah, lama-kelamaan sunyi pulak sebab hari bekerja semua ahli Rimbunan Hijau ke sekolah. Tinggallah aku seorang diri. Tanpa disedari, seekor kucing yg manja menjadi temanku dikala membuat kerja-kerja rumah. Secara semulajadi aku memang suka binatang, tapi untuk menyerlahkan kesukaanku pada kucing agak payah sebab ibuku memang tak suka kucing [sebab geli bila tengok anak kucing] dan ayahku mempunyai penyakit lelah [asthma]. So, impian untuk membela kucing adalah tidak mungkin dalam keluargaku.

Kalau masa kecik2 sebab utama perlu lari dari kucing ialah kerana bulunya. Antara kami 5 beradik, aku, abe nik dan uci yang mewarisi penyakit lelah dari ayah. Masa kecik tak payah cerita lar, banyak kali kene sedut [nebulized] sebab lelah. Oleh itu mak dah siap2 warning 'SAY NO TO CAT!' hehe...bukan itu sahaja, semua permaidani rumah ditukar dengan tikar rotan. Itulah penangan asthma. Tapi satu fakta yg menarik tentang penyakit ini ialah ia akan semakin mereda mengikut usia sekiranya asthma itu diwarisi dari usia kanak-kanak. Samalah macam aku, kadar kekerapan asthma berkurangan kepada sekali setahun bila usiaku menginjak remaja sehingga sekarang. Sudah tidak perlu menggunakan inhaler atau di'nebulized' seperti waktu kanak-kanak dulu, Alhamdulillah. Walauapapun, prevention is better than cure...so, tetap perlu hindarkan diri dari fakto2 yg boleh mencetus serangan asthma seperti suhu sejuk, bulu haiwan seperti kucing, debu, habuk dan aktiviti lasak.

Kehadiran kucing baru ini menyebabkan aku makin terlupa akan penyakit lamaku. Mentang-mentanglah lelah dah jarang berlaku. Kucing ni pulak sangat manja, suka dibelai dan dipeluk. Mak pulak dah tak melarang macam dulu..hehe. Makin seronok lar aku bermain dengannya. Sebenarnya kucing ni dah sarat mengandung. Berapa bulan aku pon tak tahu. Selalu jugak aku palpate perut kucing ni, macam nak buat physical examination dalam obstetric lar pulak pun ada. Tapi memang dah sarat. Sehinggalah kucing ni selamat melahirkan 6 ekor anak kucing yang comel di dalam almari bajuku. Satu bilik berbau kucing. Nasib baik mak tak marah, maybe sebab beranak dalam almari baju aku, bukan almari baju mak..haha. Kalau dalam almari baju mak, masak lar aku,..hehe.

Hari pertama memang kecoh lar satu rumah. Hari ini dalam sejarah kucing beranak dalam rumah. Sebelum ini kan kucing is not allowed. Sebelum mak pulang dari sekolah, aku cuba nak sorokkan kucing tu dari pengetahuan mak. Aku letak semua anak2 kucing tu dalam satu kotak. Tapi usaha tidak berjaya sebab ibu kucing tu angkut anak dia satu-satu letak balik dalam almari baju. Ini menunjukkan bahawa sifat ibu kucing yang sangat protective. Walaupun dia dah kenal aku, namun masih tidak mempercayai aku...hehe. Takpe lah, yang penting mereka semua selamat dilahirkan.


Sepanjang cuti, aku suka tengok NatGeoWild....suka tengok gelagat binatang2 buas. Baru lar aku dapat hargai alam ciptaan Allah ni. Ada satu rancangan dalam NGW tunjuk camner keluarga kucing [kucing-singa-harimau] melahirkan anak. MasyaAllah...xde nurse atau tok bidan pon, ibu kucing tu seekor jer. Satu-satu anaknya keluar. Setiap uri anak itu akan dimakan oleh si ibu. Kandungan oxytocin yg tinggi dalam uri membolehkan si ibu mengecam anaknya dan menyayangi anaknya. Tak hairanlah hormon ini digelar hormon kasih-sayang [hormone of love]. Allahuakhbar, besarnya kuasa Allah ke atas makhluk ini. Bagaimana pula manusia? samalah juga sifat hormon ini pada manusia. Tapi manusia xlah makan uri anak untuk dapatkan oxytocin. hormon ini secara semulajadi dirembeskan oleh pituitary gland [kelenjar pituitari] di dalam otak manusia. Satu lagi yg menarik, anak2 kucing ni akan buta sehingga umurnya lebih kurang 12 hari. Sepanjang itu, si ibulah yg akan mengawasi si anak dari sebarang bahaya. Dalam waktu itu, aku menyaksikan kasih seekor ibu kucing kepada 6 ekor anak2nya. Setelah aku pindahkan tempatnya ke bawah rumah, si ibu masih mencari tempat yg selesa untuk si kecil. Hari ini genaplah seminggu kucingku bersalin...hehe.


p/s: Aku jadi risau pula sekarang. Saper nak jaga kucing2 ni bila aku dah balik ke kampus? Aku tahu Allah ada dan mesti ada rezeki yang dah ditetapkan Allah buat mereka. Sayangnya tak dapat tengok anak2 dia membesar... Semoga Allah memberi kekuatan..amiin.



2 comments:

  1. mak cik pun suke kucing..pernah jumpa anak kucing yg terpisah dgn ibunya, lalu d bw pulang... Mengenangkan xde siapa yg akn memberinya susu sepeninggalan m cik kerja, anak kucing tupun mak cik bw setiap hari ke tempat kerja dgn bekalan susunya sekali... Jadi setiap hari memandu bertemankn anak kucing... Sekarang dah besar dn sangat aktif juga terlebi-lebih nakalnya.. :-)

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar, besarnya pengorbanan mak cik. Semoga Allah membalasnya dgn syurga ilahi, ameen.Kalau sy plk, ibunya masih ada, tp ahli keluarga sy x berapa suka kucing, skrg ni pon sy sorang jer y bg ibu kucing tu makan.

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine