Thursday, July 7, 2011

SiNoPsiS 'ANAKKU BRAIN TUMOUR, hikmah 5 sebelum 5'



Align Center





Assalamualaikum w.b.t

Saya nak share sebuah buku yang baru saya baca, sebuah kisah benar ANAKKU BRAIN TUMOUR 'hikmah 5 sebelum 5'.

Sinopsis


Buku ini mengisahkan bagaimana Che Amran [Raihan] dan isterinya mengharungi detik-detik kritikal untuk membuat keputusan yang tepat demi nyawa anak mereka. Karya yang ditulis sendiri oleh Isyah Radhiah, isteri kepada Che Amran dan ibu kepada 8 orang cahaya mata. Dari seorang anak yang cergas sejak lahir, Baihaqi 9 tahun berubah lesu selepas mendapat sakit kepala yang teruk sehinggalah dia disahkan menghidap brain tumour. Insyah menempuh episode paling sukar dalam hidupnya dengan ketiadaan suami yang tiada di sisi kerana berada di luar negara.Pembedahan perlu segera dilakukan untuk menyelamatkan Baihaqi tetapi risikonya tetap ada. Sanggupkah mereka menanggung risiko atau apakah ada pilihan lain? Masa amat berharga buat mereka. Lambat walau sesaat mampu mengorbankan nyawa anak mereka. Keputusan segera ditagih. Hanya Allah s.w.t menjadi tempat segala pengharapan.

Buku ini mempunyai dua bahagian dimana bahagian pertama menceritakan keadaan mereka sekeluarga melalui saat-saat getir bagi menyelamatkan anak mereka Baihaqi. Kisah suka-duka hidup berkeluarga mengikut syari'at Allah. Perjalanan kekeluargaan yang menjalinkan ukhuwah sesama manusia dan memenuhi hak-hak Allah s.w.t. Sangat baik untuk dicontohi untuk semua pasangan yang sudah dan bakal berkeluarga. Bahagian ke-2 pula ditulis untuk rujukan pembaca mengenai tanda-tanda awal kanser, kaedah-kaedah alternatif selain perubatan moden, penggunaan herba, terapi doa, tip-tip menghafal al-Quran dan banyak lagi.


Dari kaca mata dr_Lasix

Walaupun saya belajar mengenai kanser malalui perspektif perubatan moden, namun sebagai muslim saya tidak boleh menafikan kekuasaan Allah. Allah lah yang memberikan penyakit maka Dia jugalah yang berkuasa menyembuhkannya. Sekiranya kita percaya begitu, tidak kira apa sahaja penyakit, pasti Allah akan membantu kita dalam menyembuhkannya. Tidak kira apa sahaja cara sekalipun [perubatan moden atau alternatif] semuanya atas kehendakNya. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal [D.U.I.T] itulah kunci penyembuhan.


p/s: selamat membaca buat semua =)




No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine