Wednesday, July 20, 2011

CaBaRaN PoSTiNG BaRu D'TaHuN 5!

Assalamualaikum w.b.t

InsyaAllah, pada 1 Ogos nanti bermulalah posting saya yang ke 8 selepas posting internal medicine(IM), surgery, forensics, obstetrics (perbidanan), community health (kesihatan masyarakat), entrepreneurship (keusahawanan) dan General Practitioner (GP) . Sungguh berdebar-debar menanti posting ini setelah sekian lama bercuti (hampir lebih 3 bulan) akhirnya akan kembali ke hospital. Posting kali ini seperti biasa kami 52 orang, batch ke-3 akan di bahagikan kepada 2 kumpulan besar dan saya termasuk dalam group A yang akan memulakan posting orthopedics (tulang) di tahun 5. Manakala group B pula akan posting paediatrics (kanak-kanak) terlebih dahulu dan selepas habis posting masing-masing selama 2 bulan saya akan ke posting paediatrics pula.

Memulakan posting orthopedics di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS) bukanlah satu perkara baru bagi saya kerana di awal clinical year, hospital pertama saya adalah di HoSHAS. Pada waktu itu, pengetahuan tentang tugas-tugas doktor masih zero lagi dan memulakannya di HoSHAS bukanlah satu berita yang menyeronokkan. Ini adalah kerana pihak USIM tidak ada tenaga pengajar (specialist/pakar) yang betul-betul bertugas untuk USIM dan kami semua perlu survive untuk menimba ilmu. Bagi saya inilah cabaran. Mahu lebih perlu mencari dan bersusah-payah. Namun dalam kepayahan terselit suka dan duka bersama teman-teman.

Posting akan datang amat berbeza dari sebelumnya. Kenapa?

Pertama-
Kami bakal merasai suasana baru kerana HO di HoSHAS akan bertugas secara shift. Mengikut sumber HO dari HoSHAS ianya adalah sistem 2 shift, 10 jam per shift, semua HO perlu menyiapkan semua tugasan sebelum pulang, 4 hari bekerja dan 1 hari cuti selepas bertugas di shift malam (9pm-7am). Nampaknya saya bakal melihat kebaikan dan keburukan sistem ini. Maklumlah banyak HO, MO dan Specialist yang mempunyai pendapat tentang sistem baru ini. Baca [link]. Saya tak boleh nak komen banyak pasal sistem ni, mungkin selepas merasainya di posting akan datang saya akan tulis tentang perkara ini, insyaAllah.


Kedua-
Sebelum ini terdapat desas-desus mengenai keengganan specialist di sana untuk mengajar kami. Semua head of department di sana di arahkan untuk tidak membuat sebarang kelas untuk kami. Sebabnya saya tidak jelas namun perkara ini mungkin hanya khabar angin sahaja. Sekiranya mereka tidak menerima kami masakan kami masih boleh posting di sana. Oleh itu, posting kali ini bakal membuktikannya, kita tunggu dan lihat sahaja. Sekiranya masalah itu timbul, kami perlu bekerja dengan lebih keras lagi. Biasalah tu kalau kena marah...he3x. Macamlah tak biasa.

Ketiga-
Pioneer Batch USIM sudah memulakan tugas menjadi HO ketika kami posting nanti. Alhamdulillah dan tahniah kepada 29 orang senior kami. Ada antara mereka yang bertugas di HoSHAS. So, kami tidaklah keseorangan lagi. Dulu cemburu juga pada student UIAM sebab ramai HO dan MO dari universiti mereka. Sekarang kami pun dah ada. Senanglah mahu minta tunjuk ajar lebih-lebih lagi minta tanda-tangan di log book.

Keempat-
Sebelum ini USIM mempunyai seorang coordinator bagi posting orthopedics yang juga specialist iaitu Prof. Dr Burhanudin Busu. Kini setelah beliau sekeluarga berhijrah ke United Kingdom, USIM masih belum ada pengganti seperti beliau. Kamilah kumpulan pertama yang bakal merasai kehilangannya.

Kelima-
Posting pertama yang akan bermula pada tanggal 1 Ramadhan. Semoga kami semua dapat menjalankan ibadat di bulan Ramadhan dengan sempurna disamping posting ini, insyaAllah.

Akhir kalam, saya berdoa pada Allah agar posting kali ini berjalan dengan lancar. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di sebalik setiap kesusahan pasti ada kesenangannya. Selamat memulakan posting yang baru buat semua teman-teman seperjuangan.

Mari bersama menuju kejayaan!!!





2 comments:

  1. kawe ni pioneer ke berapo..hehe
    btw selamat berposting lah..hope everything gonna be ok and interesting..enshalla de peluang jumpe lg kt HOSHAS..haha :p

    ReplyDelete
  2. maaf lar, x tau demo pioneer ke barapo,
    syukran, takut n brdebar nk masuk posting nih...HoSHAS punya 'kenangan' trsendiri..hehe :p

    ReplyDelete

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine