Thursday, July 28, 2011

BoLeHKaH WaNg BiaSiSWa DiGuNaKaN u KaHWiN???


Assalamualaikum w.b.t

Jawapan kepada soalan di atas telah dijawab oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Harap dapat menjadi rujukan kita semua.

Assalamualaikum Ustaz..

Saya seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan. Bolehkah saya menggunakan duit yg diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan?..Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?

Mohon pencerahan daripada ustaz.

JAWAPAN

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin.

Pun begitu, perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya. Ini berdasarkan hadis nabi :-

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إِلا شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا، أَوْ حَرَّمَ حَلاَلاً

Ertinya : Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ( Riwayat Abu Daud)

Dan juga firman Allah :

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Ertinya : Wahai orang yang beriman, tunaikanlah kontrak-kontrak kamu ( Al-Maidah : 1)

Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

20 Julai 2011

www.zaharuddin.net

p/s: pada saya biasiswa JPA y saya dapat hanya cukup untuk keperluan belajar shj. Memandangkan tidak lagi meminta wang belanja dari mak dan ayah, wang biasiswa digunakan sepenuhnya utk keperluan semasa belajar ini. Semester kali ini pula, biasiswa lambat masuk. Nampaknya perlu lebih berjimat cermatlah. Alasannya adalah utk menselaraskan kemasukan wang biasiswa kepada semua pelajar. Rasanya tidak adil kerana bg clinical year, kami sudah pun memulakan posting dan memerlukan wang utk buku2 dan alatan. Semoga mereka yg bertanggungjawab dalam menguruskan wang biasiswa kami dapat memikirkan kesukaran kami juga. Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine