Saturday, June 18, 2011

SaYa SaYaNg AyaH SaYa...

Sejarah Hari Bapa

Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910. Bunga ros diiktiraf sebagai bunga rasmi Hari Bapa. Warna merah dipilih untuk bapa yang masih hidup, sementara warna putih untuk bapa yang sudah meninggal dunia.

Apa pun, Hari Bapa bukan tradisi masyarakat Melayu. Hari Bapa juga bukan tuntutan dalam agama Islam. Namun begitu, umat Islam sentiasa diajar untuk terus menerus mentaati, menghormati dan menghargai kedua-dua ibu dan bapa sepanjang masa tanpa mengira hari dan waktu. Bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w bermaksud;

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

....My Nucleus Family.....
Ayahandaku

Ayah saya seorang guru dan kini sudah berumur 53 tahun. Anak bongsu dari 7 adik-beradik ini mempunyai ramai anak saudara. Jadi tidak hairanlah saya mempunyai ramai sepupu yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Gelaran 'Pok Su Ya' amat sinonim dengannya. Ayah saya seorang yang kelakar. Oleh sebab itu, semua orang amat mesra dengannya.

Pengorbanan ayah pada kami 5 beradik tiada tolok bandingnya. Membesarkan kami sehingga kami menjadi orang yg berguna amat kami hargai. Masih saya ingat ketika berada di asrama Naim Lilbanat, setiap hujung minggu ayah dan mak akan datang menjenguk membawa makanan dan kami berkelah di padang asrama. Pada waktu itu, ayah banyak memberikan motivasi supaya belajar bersungguh-sungguh. Antara pesanan yang paling saya ingat ialah 'ayah tiada harta untuk bagi pada anak2 ayah, cuma pelajaran yg mampu ayah bagi'. Itu sudah cukup buat kami. Tanpa ilmu, seseorang manusia itu tidak bernilai.

Ayah selalu memuji anak2nya, termasuklah saya. Kata-kata seperti;

'Anak ayah cantik'
'Anak ayah pandai'
'Anak ayah ni pandai masak, buat kerja rumah bla bla bla.....'

Tapi pujian ayah bukanlah saya ambil utk 'naik lemak'. Pujian ini adalah satu kredit untuk menghargai diri saya sendiri. Tak perlu lagi saya menunggu pujian lelaki2 lain di luar sana kerana sudah ada lelaki lain yang selalu memuji saya iaitu ayah saya.

Kepandaian ayah saya memasak tidak boleh dinafikan. Ayah adalah 'tukang gulai' di kampung. Skill memasak saya pun maybe turun dari ayah...hehe. Selain itu, ayah suka tengok bola sehingga saya dan adik2 pon berjangkit sama. Mak saya pon sudah tengok bola tp perlawanan antara Red Warriors jer lah..hehe.

....gulai kawah ayah u bekwoh Nyoh....

Banyak lagi sifat ayah saya seperti penyayang, sabar, romantik dan baik hati. Walauapapun sifat ayah, saya tetap sayangkan ayah saya. Sehinggalah saya dibayangi sifat2 ayah saya untuk mencari bakal suami. Ayah adalah model seorang lelaki yang baik buat saya. Doa saya semoga ayah sihat selalu and........................

I LOVE U DAD!

p/s: tahniah buat ayah kerana mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [APC] buat kali ke-3! Jangan lupa belanja..haha


No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine