Thursday, June 23, 2011

AhLi BaRu RiMbuNan HiJau...

Assalamualaikum w.b.t.

..biri2 yg diberi nama Korola oleh ayah cik...


Pada tanggal 22 Jun 2011, Rimbunan Hijau menerima ahli baru bg memeriahkan lg suasana rumah kami yg selalu happening...hehe. Ahli2 tersebut ialah.....

.......2 ekor biri-biri yg comel, berbulu tebal.......


Alhamdulillah atas rezeki yg Allah telah kurniakn pada kami sekeluarga. Walaupun dulu saya pernah meratapi kematian seekor biri2 jantan yg mati secara mengejut, namun skrg saya mampu tersenyum riang melihat kaletah 2 ekor biri2 baru.

...Asalnya biri2 kami hanyalah 3 ekor,
biri2 paling besar tu dah meninggah...


Selain biri2, kami sekeluarga jugak pelihari 11 ekor itik telor, Allahmdulillah setakat ini memberi sumber telor kepada kami sekeluarga...


Semoga, rezeki ini adalah pendorong buat kami sekeluarga utk lebih beribadat kpd Allah kerana setiap rezeki yang datang adalah dari-Nya dan kami hanya sebagai peminjam sahaja.


Terima kasih buat adik saya, Fatiha Hanim yg telah berpesan kpd saya melalui ayat 24 dari Surah AT-Taubah bermaksud;

Katakanlah,"Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ister-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk bagi orang-orang fasik.


Mungkin Allah akan menguji cinta kita kepada-Nya sekiranya kita melebihi cinta kepada benda-benda lain selain-Nya. Seperti kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji dengan menyembelih anak kesayangan baginda Nabi Ismail a.s. Mampukah kita melalui ujian seperti itu? Mampukah kita setabah Nabi Ibrahim dan Siti Sarah?


Tepuk dada tanyalah iman!


Sampai sini sajer entry kali ini. Selamat beramal buat semua =)


p/s: tq ayah cik atas hadiah 2 ekor biri2 yg comel ni.

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine