Thursday, June 16, 2011

CaBaRaN di poStiNg Ke-2 [Surgery]

Assalamualaikum w.b.t

Posting ke-2 saya ialah surgical [pembedahan] posting. Tidak seperti posting yg pertama iaitu medical posting, posting kali ini merupakan posting yg kurang memerlukan kami membuat banyak procedure2. Kalau dulu kami berebut-rebut mahu mengambil FBC [full blood count], ABG [arterial blood gas] dan sebagainya tapi kali ini kami berebut-rebut pulak mahu melihat operation2 dan scope. Pengalaman posting pertama banyak membantu kami dalam posting kali ini. Betullah kata pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Oncall pun tidaklah se-heavy medical posting. Patients pun tak ramai dah kes2 pun tidak sebanyak medical ward. Namun surgical posting mempunyai cabaran tersendiri. Disinilah kami diuji dengan kesabaran, emosi dan ketahanan mental melawan kerenah2 manusia.

Di Hospital Ampang [HA]

Kumpulan saya memulakan posting ini di HA. Alhamdulillah kami tidak punya banyak masalah kerana Head Department di HA, Ms Aisyah sangat mesra dengan student USIM. Tenaga pengajarnya pula kebanyakkannya dari specialist2 atau surgeon2 UKMMC. Lupa pula saya untuk memperkenalkan istilah di surgical posting. Panggilan untuk surgeon adalah Mr bagi lelaki dan Ms bagi wanita. Menarik bukan?


...kenangan OT orientation di HA....

Favourite class

Kelas yang paling saya suka ialah kelas dengan Mr. Ismail Sagap. Kelasnya sangat happening diselitkan lagi dengan banyak pengalaman2 yang dilaluinya. Ketika di HA, saya melihat ramai HO yang tidak proaktif dan berpengetahuan. Maaf kalau mengguris, namun saya mengambil ini sebagai pengajaran buat saya untuk menambahkan lagi ilmu di dada. Ada antara HO yang malu ketika memeriksa pesakit perempuan. Ini menunjukkan sifat yang tidak profesional dan merugikan. Kelebihan berada di HA ialah saya mempunyai banyak kelas dan banyak operation dan procedure scope yang boleh saya observed. Oleh itu, saya mengambil peluang memenuhkan semua procedure di log book saya sebelum bertukar ke HoSHAS. Namun kes2 surgery di HA adalah kes yang biasa seperti appendicitis, breast lump, colon CA dan thyroid.

.....kenangan bersama Mr. Ismail Sagap......

Panas tidak ke petang

Selepas bertukar ke HoSHAS, saya dan kawan2 tekad untuk belajar sendiri walaupun tidak banyak kelas yang di buat oleh specialist di sana. Alhamdulillah, kebanyakan HO adalah HO dari ward medical dahulu yang pernah kami kenali. Mereka tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar memandangkan mereka juga sedang belajar. Kami di anggap seperti adik2 dan anak2 buah. Seronok rasanya, ketika ward round tidaklah rasa tertekan dan stress sangat. Namun bertentangan pula dengan specialist2 nya. Kebanyakan mereka terlalu 'sibuk' sehingga kami tidak ada kelas yang khusus selain ward round.

Pesaing baru

Ditambah dengan kehadiran students UIAM maka bertambahlah cabaran kami. Ada satu ketika mereka mempunyai kelas bersama Head Department Surgery, Mr. H. Kami yang dahulu datang ke HoSHAS pun tidak pernah mempunyai kelas bersamanya. Kami redha sahaja, namun apa yang membimbangkan kami ialah sekiranya dia menjadi examiner ketika peperiksaan nanti, 'MATILAH KAMI'. Ada juga beberapa student UIAM yang sudi memberikan input yang diajar oleh Mr. H kepada kami. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Nasib kami baik kerana dia bukan examiner kami.

...our 1st day @ HoSHAS for surgical posting...

'Tak mampu nak bayar'

Mr. H sangat terkenal dengan sikapnya yang garang. Banyak cerita2 yang saya dengar dari kawan2 yang posting surgery lebih awal dari kami. Semua itu saya tidak ambil kisah sehinggalah pada suatu hari, ketua kami bertanya kepada Mr. H bilakah kelas akan dibuat bersama kami. Dengan tenang dia menyatakan, 'siapa yang nak bayar gaji untuk kelas saya, kamu ke? Mahal lah sikit berbanding yg lain'. MasyaAllah, saya yang mendengar ucapan itu terkejut dan menahan air mata dari jatuh ke lantai ward. Salahkah kami meminta kelas? Adakah dengan membayar dengan sejumlah wang utk sedikit ilmu lebih besar dari pahala Allah? Selepas peristiwa tersebut, semua rakan2 saya nekad utk menjadi doktor yang terbaik. Pada mulanya saya hampir berputus-asa, namun dengan kuasa Allah saya kuatkan hati dan minda.

Always be humble
!

Saya selalu ingat pesan lecturer pathology saya, Dr Kannan Kutty. YOU MUST ALWAYS BE HUMBLE!!! Sesungguhnya ada kuasa yang lebih BESAR dan HEBAT dari kita iaitu KUASA ALLAH s.w.t. Rendah diri tidak bermakna kita membenarkan orang lain menindas kita. Tetapi kita menjaga hak kita disamping menjaga hak2 disekeliling kita termasuk hak Allah.

Hidup untuk memberi

Kenapa ramai antara kita lokek untuk memberi? Adakah kerana sekiranya banyak memberi akan habislah semua yang kita ada? Lupakah kita pada kisah Qarun? Berilah apa yang Allah berikan kepada kita kerana disana ada hak orang lain. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya, kita yang memerah keringat. Ya, kita yang penat memerah otak utk berfikir. Tetapi lupakah kita dengan tenaga siapa kita berusaha? Milik siapakah tangan, kaki, otak dan segala pancaindera? hakikatnya semua itu bukan milik kita, semuanya milik Allah. Kita hanyalah meminjam sahaja.


'hiduplah untuk memberi kerana tangan yg di atas adalah lebih baik dari yg di bawah'

p/s: hayatilah lagu Mana Milik kita...kpd adik2 yg bercita-cita utk jadi surgeon bolehlah mula praktis utk bangun awal yer.


No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine