Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Kelebihan bulan DZulhijjah^^




Assalamualaikum wbt,


Hari ini kita telah memasuki bulan Zulhijjah. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka sebagai seorang Muslim wajarlah memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar kita menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantu dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar.

10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, "Demi fajar, dan malam yang sepuluh" Al Fajr:1-2. Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli ta’wil (ahli tafsir). (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Penafsiran ini dikuatkan oleh Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini, “Dan malam-malam yang sepuluh, maksudnya, sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf”. (Ibnu Kathir:4/535)

Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah Al Hajj dengan perintah agar memperbanyak menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut.

Allah Taala berfirman, maksudnya, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak”. (Al Hajj:27-28)

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
 
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
 
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

az-ZahRa: Semoga kita semua dapat mengambil peluang melakukan amal soleh dalam 10 hari terawal Zulhijjah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang...Jangan lupa puasa yer, 9 Zulhijjah 1433H bersamaan dengan khamis, 25 Oktober 2012... =)) Saya doakan pada semua jemaah haji dapat melakukan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur, insyaAllah. Tahun ni mak dan ayah menunaikan ibadah korban... semoga korban kita semua diterima Allah..ameen. 
kambing biri2x saya...gambar sbg hiasan shj

p/s: Saper yang pandai nyanyi lagu PANGGILAN HAJI bagus, boleh hayati liriknya....tapi saya lagi suka version yang lama,...paling best berduet dengan my mom...hehe.
Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara, tarbiah bergema
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "


Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta, Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at....... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Friday, November 4, 2011

MeNgHaYaTi ErTi SeBuaH PenGoRBaNan~

Maksudnya :

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.



InsyaAllah pada minggu hadapan kita akan sama-sama merayakan 'idul Adha. Kemeriahannya sangat terasa di negeri saya iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Maklumlah ia dianggap perayaan yang amat bersejarah dalam Islam. Oleh itu amat perlu untuk setiap umat Islam menghayati disebalik perayaan 'idul adha atau lebih mudah dipanggil 'rayo haji'..hehe.


Terdapat 2 ibadah besar yang berkait rapat dengan Hari Raya Korban iaitu menyembelih binatang korban dan ibadah haji ke Baitullahilharam. Bagi saya, saya masih belum mampu untuk menunaikan rukun Islam ke-5 tersebut, namun cita-cita untuk ke sana sangat berkobar-korbar. InsyaAllah bila ada rezeki oleh Allah akan terjejak jua ke tanah yang mulia itu..ameen.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mematuhi perintah Allah perlu dijadikan tauladan oleh semua umat Islam. Jika kita diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak yang amat kita kasihi, adakah kita sanggup? Secara jujur, saya sendiri terasa berat hati untuk melaksanakannya [sangat nipis iman ini bukan =(]. Walauapapun, kita ambillah pengajaran dengan kisah ini, di mana setiap hukum-hakam dan perintah Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w perlu kita ikuti dan laksanakan sebaik mungkin.Allah berfirman maksudnya;

"Dan serulah manusia untuk mengerjakanHaji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderaiunta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenappenjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi merekadan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karenarezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak.Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsaradan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Terdapat banyak hikmah yang tersirat dan tersurat dalam mengerjakan ibadah haji. Antaranya terjalin ukhuwah Islamiah antara sesama muslim tanpa mengira kaum, keturunan,pangkat dan warna kulit. Menanamkan sifat kesamaan antara semua orang selain mendidik rohani dengan sifat sabar dan tabah menghadapi cubaan Allah. Nikmat yang paling diinginkan semua jemaah haji adalah apabila haji mereka diterima Allah [haji mabrur]. InsyaAllah, kita sama-sama doakan semua umat Islam yang menunaikan haji kembali dengan haji yang mabrur..ameen.

Simbolik kepada suruhan Allah untuk melakukan korban ini, mereka yang berada atau kaya mengorbankan sebahagian daripada harta untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Manakala yang menerima bantuan perlulah mensyukuri dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak bergantung dengan bantuan orang lain. Malah lebih bermotivasi untuk mencari harta bagi membantu golongan yang memerlukan. Itulah manisnya Islam, kita diajar untuk memberi sebanyaknya. Apabila diberi nikmat kita bersyukur dan apabila diuji dengan musibah kita bersabar, seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w bermaksud;

"Amat menakjubkan kehidupan orang-orang mukmin seluruh urusannya membawa kebaikan. Sekiranya dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur maka dia mendapat kebaikan. Sekiranya dia ditimpa kesusahan dari unian dan bencana, dia bersabar maka dia mendapat kebaikan."


Saya ingin mengucapkan salamat menyambut 'IdulAdha buat semua yang mengenali diri ini. Semoga setiap pengorbanan kita yang ikhlas diterima Allah s.w.t.

...HaJi MeNuJu Allah...


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Saturday, August 27, 2011

AmaLaN SuNNah MenYamBut AiDiLFiTri...

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah s.w.t. menghalalkan berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Dalam keghairahan menyambutnya adalah wajar kita mengikut lunas-lunas syara' agar tidak bercampur antara halal dan haram.

Berikut adalah amalan-amalan yang dianjurkan dalam Islam sempena menyambut lebaran Aidilfitri yang mulia.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih. Al-Syafi

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri


Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185)


3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain, 'taqabbalallah minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8.Berjalan kaki menuju tempat solat sunat hari raya

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Hadith yang diriwayatkan Tirmizi dari Ali bin Abi Thalib r.a. "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat". namun bagi yang berkenderaan di sunnatkan menggunakan jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari solat hari raya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata, " Nabi s.a.w menggunakan jalan yang berbeza pada hari raya." Hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan.
Link
9.Bergembira di hari raya

Usaha untuk menimbulkan keriangan dan kegembiraan pada hari raya adalah sebahagian syiar Islam selagi ia dilakukan mengikut syariat Islam. Dlam satu hadith yang diriwayatkan oleh an-Nasai, Anas bin Malik r.a. berkata, "Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya mempunyai dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata, "Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu mempunyai dua hari rayayang menjadi medan permainan kelian pada masa jahiliah. Sabdanya lagi, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari tersebut dengan yang lebih baik iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.

10.Mengerjakan puasa 6 hari pada bulan Syawal

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia sudah berpuasa setahun."

p/s: Dr_Azzahra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 blog...Semoga Allah menerima amalan saya dan kamu semua, ameen.



sumber:
1-link
2-link
3.Majalah al-Islam September 20
11


    Tuesday, August 16, 2011

    al-QuRaN: AdaKaH SeKaDar LemBaRan u DiBaCa??


    Assalamualaikum w.b.t.

    Ramadhan kali ini sudah pun bakal mengakhiri fasa ke-2nya. Dalam fasa ini, terdapat satu tarikh istimewa...17 Ramadhan di mana Allah telah menurunkan al-Quran. Sewajarnya umat Islam memperingati tarikh ini kerana kitab al-Quran adalah mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w kepada kita yang di dalamnya terdapat petunjuk dan pembeza untuk kita gunakan.



    “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [al-Baqarah (2):185].

    Adakah al-Quran sekadar untuk diperingati dan dibaca?

    Sempena Nuzul al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau lebih teruk mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benar-benar menjadi petunjuk, sumber hukum dan sekaligus sebagai penyelesaian masalah kehidupan hidup kita?

    Kebanyakan kita berusaha menjaga fizikal al-Quran seperti tidak meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Bagaimana pula dengan rohnya al-Quran itu sendiri? Adakah kita memahami dan mengamalkan hukum-hakamnya? Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri 'menghina' al-Quran dengan tidak mengamalkan hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila al-Quran dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran al-Quran. Nauzubillah....minta Allah jauhkan.

    “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [al-Jumu‘ah (62):5].

    Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai! Adakah kita seperti keldai yang diumpamakan Allah??? Tepuk dada tanyalah iman. Sungguh gerun bukan sekiranya keldai yang diumpamakan oleh Allah adalah kita sendiri.

    'Kitab Mistik'

    Sebahagian lain dari kalangan kita menjadikan al-Quran sebagai 'kitab mistik'. Al-Quran disimpan baik-baik di rumah dan digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik misalnya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Malangnya al-Quran tidak dijadikan 'pengusir' pelbagai anasir kufur yang diterapkan dalam masyarakat Islam sekarang. Sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya;

    “Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].

    Akhir kalam

    Marilah kita sama-sama renungi sepotong hadith Rasulullah s.a.w ini. Semoga selepas ini kita sama-sama menjadi umat yang memelihara al-Quran luar dan dalam. Sememangnya untuk mengamalkan semua hukum-hakam di dalam al-Quran memerlukan 1 penyatuan ummah, namun kita masih perlu berusaha memahami dan melakukan apa yang termampu seperti yang disuruh Allah untuk diri kita sendiri seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, menghormati ibu-bapa dan lain-lain. Salamat memasuki fasa ke-3 Ramadhan pula dari penulis.


    “Dari Ali, radhiaAllahu ‘anhu, katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda: “Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah”. Aku bertanya: “Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?” Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu; Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit; dan para ulama pula tidak pernah puas darinya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur’an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.”; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus).” [HR Tirmizi dan Darimi].

    Monday, August 8, 2011

    TeRTaWa Di DuNia MeNaNGiS Di AkHiRaT




    Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda ’Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

    Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?

    Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

    Gelap kubur

    “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang.

    Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.” Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ...sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

    Contohi Rasulullah s.a.w

    Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

    Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

    Saturday, August 6, 2011

    MaRiLah MeNuJu KejaYaaN


    Assalamualaikum w.b.t

    Perasankah kita, ungkapan ‘marilah menuju kejayaan’ haiyya a’la faalah dilaungkan 10x dalam sehari? Dengan itu, orang Islam adalah umat yang diseru mencapai kejayaan secara langsung!

    Jenis kecemerlangan

    Terdapat dua jenis kecemerlangan iaitu kecemerlangan di dunia dan kecemerlangan di akhirat. Apakah yang dikatakan dengan kecemerlangan di dunia? Ia diperolehi apabila sesorang itu mendapat kesenangan (hasanah) dalam hidup disertakan dengan ketengan jiwa. Kedua-duanya diperolehi dengan cara yang halal dan baik (halalan thoyyibah).

    Manakala dikatakan kecemerlangan akhirat adalah apabila seseorang itu mendapat pengampunan dari Allah atas setiap dosa-dosanya dan di masukkan ke syurga Ilahi.

    Simbiosis

    Antara dua jenis kecemerlangan ini, ianya berkaitan. Kecemerlangan di akhirat ditentukan oleh kecemerlangan di dunia. Analoginya adalah seperti kita menanam pokok buah-buahan. Sekiranya kita membaja dan memberikan sepenuh perhatian pada tanaman kita pasti hasil yang kita bakal peroleh sangat lumayan bukan? Samalah juga seperti kecemerlangan akhirat, ia diperoleh dengan kejayaan di dunia.

    Ada orang bertanya, kenapa kita perlu berjaya dan cemerlang di dunia? Bersusah payah mencari kekayaan dan kekuasaan? Jawapannya, semua itu adalah modal kita di akhirat. Cuba kita fikir, sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan akhirnya memperoleh kekayaan yang banyak, tidakkah kita mampu untuk membantu umat Islam yang lain?

    Tapi kenapa sekarang ramai umat Islam yang kaya-raya tapi tidak menonjolkan sifat mukmin yang sejati? Kita perlu ingat bahawa Islam tidak ANTI-kekayaan! Namun perkara asasnya ialah hati perlu dekat pada Allah. Letaklah kekayaan di tangan anda dan Allah adalah di hati, insyaAllah mukmin yang kaya akan menjadi mukmin yang murah hati untuk bersedekah dan membantu orang lain. Sekiranya Allah hanya di tangan dan kekayaan di hati, nescaya mukmin tadi akan terpesong dari landasan keredhaan Allah.

    Jangan cinta dunia

    Kita digalakkan berusaha untuk berjaya. Mencari kekayaan dan kekuasaan. Namun perlu selalu ingat bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Cuba kita renung diri kita. Yang mana paling kita cintai, dunia atau akhirat??? Sifat cintakan dunia adalah satu sifat yang dibenci Allah. Ada ulama’ yang mengatakan bahawa dunia adalah kepala segala kejahatan!

    Kenapa peru bincang akhirat?

    Pentingnya hidup di dunia kerana adanya akhirat. Kematian bukanlah titik penghabisan hayat seseorang. Ia hanyalah peralihan antara hidup di dunia dan di akhirat. Orang yang bijak akan sibuk di dunia kerana dia tidak mahu muflis dan rugi di akhirat. Siapa yang percayakan akhirat tidak ada sifat malas dan mudah putus-asa dalam dirinya. Dia akan bersungguh-sungguh mencari kejayaan di dunia.

    Take home massage

    Dalam Islam harta adalah AMANAH! Wang adalah hamba yang baik tapi tuan yang jahat!!!

    Aliran harta orang mukmin adalah mencari, menyimpan dan memberi .

    Ramadhan Kareem^^

    love


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    palastine