Saturday, August 6, 2011

MaRiLah MeNuJu KejaYaaN


Assalamualaikum w.b.t

Perasankah kita, ungkapan ‘marilah menuju kejayaan’ haiyya a’la faalah dilaungkan 10x dalam sehari? Dengan itu, orang Islam adalah umat yang diseru mencapai kejayaan secara langsung!

Jenis kecemerlangan

Terdapat dua jenis kecemerlangan iaitu kecemerlangan di dunia dan kecemerlangan di akhirat. Apakah yang dikatakan dengan kecemerlangan di dunia? Ia diperolehi apabila sesorang itu mendapat kesenangan (hasanah) dalam hidup disertakan dengan ketengan jiwa. Kedua-duanya diperolehi dengan cara yang halal dan baik (halalan thoyyibah).

Manakala dikatakan kecemerlangan akhirat adalah apabila seseorang itu mendapat pengampunan dari Allah atas setiap dosa-dosanya dan di masukkan ke syurga Ilahi.

Simbiosis

Antara dua jenis kecemerlangan ini, ianya berkaitan. Kecemerlangan di akhirat ditentukan oleh kecemerlangan di dunia. Analoginya adalah seperti kita menanam pokok buah-buahan. Sekiranya kita membaja dan memberikan sepenuh perhatian pada tanaman kita pasti hasil yang kita bakal peroleh sangat lumayan bukan? Samalah juga seperti kecemerlangan akhirat, ia diperoleh dengan kejayaan di dunia.

Ada orang bertanya, kenapa kita perlu berjaya dan cemerlang di dunia? Bersusah payah mencari kekayaan dan kekuasaan? Jawapannya, semua itu adalah modal kita di akhirat. Cuba kita fikir, sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan akhirnya memperoleh kekayaan yang banyak, tidakkah kita mampu untuk membantu umat Islam yang lain?

Tapi kenapa sekarang ramai umat Islam yang kaya-raya tapi tidak menonjolkan sifat mukmin yang sejati? Kita perlu ingat bahawa Islam tidak ANTI-kekayaan! Namun perkara asasnya ialah hati perlu dekat pada Allah. Letaklah kekayaan di tangan anda dan Allah adalah di hati, insyaAllah mukmin yang kaya akan menjadi mukmin yang murah hati untuk bersedekah dan membantu orang lain. Sekiranya Allah hanya di tangan dan kekayaan di hati, nescaya mukmin tadi akan terpesong dari landasan keredhaan Allah.

Jangan cinta dunia

Kita digalakkan berusaha untuk berjaya. Mencari kekayaan dan kekuasaan. Namun perlu selalu ingat bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Cuba kita renung diri kita. Yang mana paling kita cintai, dunia atau akhirat??? Sifat cintakan dunia adalah satu sifat yang dibenci Allah. Ada ulama’ yang mengatakan bahawa dunia adalah kepala segala kejahatan!

Kenapa peru bincang akhirat?

Pentingnya hidup di dunia kerana adanya akhirat. Kematian bukanlah titik penghabisan hayat seseorang. Ia hanyalah peralihan antara hidup di dunia dan di akhirat. Orang yang bijak akan sibuk di dunia kerana dia tidak mahu muflis dan rugi di akhirat. Siapa yang percayakan akhirat tidak ada sifat malas dan mudah putus-asa dalam dirinya. Dia akan bersungguh-sungguh mencari kejayaan di dunia.

Take home massage

Dalam Islam harta adalah AMANAH! Wang adalah hamba yang baik tapi tuan yang jahat!!!

Aliran harta orang mukmin adalah mencari, menyimpan dan memberi .

Ramadhan Kareem^^

No comments:

Post a Comment

love


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

palastine